Monday, September 20, 2010

cinta


sesungguhnya cinta itu amat keparat
dikejar rasanya penat
ditunggu pastinya tak larat
-mosyuki-

Tuesday, August 31, 2010

Satu perkataan yang dilaung lepas habis exam, bukan saja pada 31 Ogos


selama kita bernafas sampai saat membaca blog ni...
apa yang pernah kita buat sebagai rakyat di negara yang merdeka?
atau...
apa kita buat sebagai hamba Allah yang memang dah lama merdeka...?


"Erti Hidup Pada Memberi"

Monday, August 16, 2010

R I N D U






Rindukan budak kecil ini
Seraut wajahnya
Buat sesiapa yang memandang
Hilang segala masalah
Gaya bersahaja
Petah berbicara
Manis senyumnya

Indahnya hidup ni
Kalau dikelilingi orang yang begini
Tapi, kalau kesalahan kecil pun diungkit?
Macam mana ye?
Entah.
Taktahu mana nak mengadu
Mungkin hanya pada DIA


p/s: Tak SMS bukan bererti tidak sayang. Lain orang lain cara. Hanya ALLAH yang tahu.

Friday, August 13, 2010

Perjalanan Malam


"Dan pada sebahagian malam hari, bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhan mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."
[Al-Israa' : 79]

Saturday, July 31, 2010

padaMu kubersujud



ramadhan sudah hampir.
tapi diri masih belum bersedia.
masih mahu menyucikan hati yg gelap ini sebelum tibanya Ramadhan.

berikan ku sedikit cahaya Mu ya Tuhan. 



-carilah sesuatu dlm video ini,
hayati bait-bait kata yang indah-

Wednesday, July 28, 2010

rAdiO maLAya sUsAh dGR aZAn...


kata mak gua
zaman jepun dulu..
kalau dgr radio..
dah putus kepala..
 tapi zaman skunk..
seronok je org dgr radio lagu
lady gaga bagai..
sesekali jom layan surah..
mak gua kata..
hati terang..
jom try..

radio swasta..
susah nak putar azan yg tak sampai 5minit..
tu yg aku nak stori..
settle


Tuesday, July 27, 2010

Penyesalan Itu


Masih adakah ruang untuk aku kembali?
Masih adakah sisa kemaafan untuk aku disini?
Masih adakah kata-kata melembutkan hati?
Masih adakah?

Kau terlalu pantas menghukum.
Kau terlalu cepat menganggap.
Kau terlalu laju berlari.
Sampai aku tidak mampu lagi mencari
Di mana silap diri.

Maafkan aku. Aku bukan siapa-siapa.
Aku dan kau sama.
Aku...
Hamba DIA.


p/s: Penyesalan bukan sedikit. Sebu hati berbukit-bukit. Pedih dan perit.
Kau tinggalkan aku jua akhirnya. Terima kasih untuk segalanya.